FOR ALL VISITOR

stat: link: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... hide:

Saturday 12 February 2011

valentine for my love


hye..
HAPPY VALENTINE'S DAY..
muahh..muahh..muaahhh..

valentine la sngt2..
aku tak sambut ok..

here got something i wanna share it..
for those all my non-muslim friends..i'm sorry to share this post..
so better u juz leave out this page..or read my other post..hehe
this is special valentine's gift for all my malay friend..!

let's talk now..!
sejujurnya aku tak pernah sambut valentine..
kalau nak tau yg paling telus lagi..
aku tau wujudnya valentine's day ni mase aku form 2 or form 3 kot..
*adeh..terserlah kenaifan..
but this is fact..sebelum ni..aku pernah lah dengar membe2 aku kecoh pasal valentine segala bagai..
tapi aku tak pernah terfikir pun nak tau ape itu valentine..!
sampai la mase tu aku terbaca artikel pasal valentine..baru tau..*isshhh..termalu lak..
but..tu pun aku still tak bape nk tau lebih dalam la..

sampai la mase aku form4 aku pindah perling..
yeah smk seri perling sangat2 meriah yg amat dalam menyambut valentine..!
*sebab majoriti populasinya non-muslim
siap ada posto hadiah lagi..
pastu sume cam berlumba tgk sape yg plg ramai admire..pphheewwiiit...!
excited gile masa first time aku tgk suasana camgini..
sebab sebelum tu aku bersekolah di smkbandar baru uda..yang majoriti populasinya adalah budak melayu..so,memang tak sambut la..

actually i dont care about valentine..in fact..segala jenis DAY yg ade kt bumi ni aku tak minat pun amek tau melainkan BIRTHDAY aku sendiri..ada paham...!
its up to u..korang nak bantai gelakkan aku habes2..
hakikatnye itu lah kan..!   saje nak repeat..
I JUZ DONT CARE..

sebab hari2 aku bercinta dan berkasih sayang dengan org disekeliling aku..
bukan hanya pada bulan feb jek eh..!
temasok la mother's day or father's day..bros day..sis day or what so ever..
sebab ari2 aku pelok cium parent aku then said sorry and i love u..
i dont have a really specially day for them..
kalo aku rase nak bagi hadiah..aku kasi jek..tak yah nak tunggu thn depan pny mother o father day..
kalo aku rase nak masak kan dorang or buat suprise..buat jek..xyah tunggu thn depan..
sebab bagi aku hari2 adalah special bagi aku..
sebab tu korang yg selalu jumpa aku akan nmpak aku tersengeh2 jek..
happy jek..*bahagia doe*..sengal..! ahakk..
tapi kalo hari guru haku comfirm hengat sebab bufday aku mali lorhh..hehe
dah..! stop meraban..nuffnang xkan bagi ko duit ribu-riban kalo ko terus meraban camginih...!


*...kali ini nak guna ayat sopan...*
yup..tadi saya buat blogwalking..then saya terjumpa blog yang berceritakan tentang mengapa valentine tuh haram..
as i known..dia pon dapat post ni dari blog org lain..
tapi saja saya nak kongsi pula dengan awk sume para pembaca blog cap kaki3 kapak saya nih..


BISSMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM


Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah diceritakan mengenai asal-usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Antara sejarah lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Islam menyeru seluruh umat Islam, khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.

Berikut ialah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari kekasih:

Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

Menghantar kad-kad ucapan tertera kata-kata Valentine's Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap - menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

Menulis ucapan kata-kata cinta pada kad yang diutus dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ia juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

Kebanyakan negara Barat, parti-parti yang diadakan disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakannya menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

Menghantar pesanan ringkas kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan hari memperingati kekasih sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

credit to: http://tyailyana.blogspot.com/

 ini jek kot..penat dah taip..
ok..sekali lagi aku nak habaq...!*kasaq dah bahsa nih.*
sejujur yg amat..aku sememangnye teruk dalam hal2 mengingati segala jenis macam hari yg pelbagai..
tapi HARI MALAYSIA merdeka aku tau weyh..dak la terok benor haku nih..!
tapi..korang jgn la jadi cam aku nih..
yeah..sememangnya ada yg pernah berkecil hati dengan pe'el aku ni..
tapi..bile korang kenal aku secara menyeluruh..
korang akan rasa perkara ni biasa untuk aku..
sebab terkadang tu aku terlalu tak amek tau hal org pny special day..
bukan special day je..hal orang pon aku malas nk amek tau kalo dak ye-ye tau..nge~~

now sudah pukul 1.51am..dan mata dah bagi sign soh peluk bantal dan tido..!
gudnite..selamat malam..
i lurve u all so much

No comments:

Post a Comment