FOR ALL VISITOR

stat: link: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... hide:

Thursday 30 June 2011

wanita dan kelembutan

asslammualaikum..
dah lama rasanya aku tak menulis tentang hal-hal pandangan dan pemikiran aku..
sedangkan tujuan asal aku menulis blog adalah untuk menyuarakan pandangan..!

entah kenapa tiba-tiba aku terasa nak bercakap tentang hal-hal kewanitaan..
tentang kelembutan seorang wanita..
memandangkan aku adalah seorang wanita..so,aku bersuara pun adalah dasar dari persepsi seorang wanita..

               harga seorang wanita.....

ilmu aku tidaklah banyak..kalau bercakap pasal pengalaman hidup,umpama secubit garam mungkin..
tapi dengan sesingkap ilmu dan secubit pengalaman yang ada tu..
aku cuba melihat diri seseorang dari dalaman yang dia miliki..
andaianku..mungkin ada yang pernah kenal dengan diri aku..dan bisa ketawa membaca coretan aku ni..
masakan tidak..hidup aku penuh dengan gurauan dan gelak tawa yang kadang-kadang tak berpenghujung..
which meant,orang selalu anggap aku tak serius dalam sesuatu perkara..

ok..berbalik pada topik asal..

"cantiknya dia..."
"ya Allah,lembutnya dia.."
"Subhannallah..lunaknya suara dia.."
"isshh..sopannya perangai dia..."

hati aku selalu bermonolog begini bila melihat wanita-wanita diluar sana yang sangat rupawan,lemah lembut,elok pertuturannya..sangat-sangat buat aku terkesima bila melihat mereka..lagi-lagi kalau mereka berkulit mulus..
sejujurnya aku tak kisah kalau dia tidak menutup aurat sekalipun,tapi sangat sopan dalam bertutur dan perilaku..
kadang-kadang aku boleh kaget melihat wanita-wanita sebegini..


kadang-kadang juga aku tersangat-sangatlah cemburukan mereka...
itu belum lagi aku berjumpa dengan yang molek bertudung litup yang berciri muslimah sejati..
boleh cair meleleh hancur meluluh hati aku tgk diaorang...hebat...!

aku mula menjejaki alam dewasa..
apa yang aku nampak..kanan dan kiri serta orang disekeliling aku hidup dengan pasangan masing-masing
walaupun masih "bercouple" sengaja aku gelarkan juga sebagai pasangan mereka..!
aku suka dipertemukan dengan orang yang dah berpasangan ni..
sebabnya aku suka nk bertanya mengenai pasangan dia..
aku suka nak tau kenapa dia memilih lelaki / perempuan itu sebagai pasangan dia..??

''...dia baik''                 ''...dia comel''
''...dia kaya''                ''...dia hensome''
''...dia cantik''              ''...dia suka buat suprise''
''...dia syg sy''             ''...dia tu..dia ni...dia bla.bla..bla...''

klise kan sume jawapan tu..bukan tiada..tapi jarang sekali aku dengar mereka memilih pasangan kerana sifat terbaik yang ada dalam diri dia.."secara dalaman ye"
majoritinya suka memilih pasangan dengan memilih sifat fizikal mereka..

setuju tak kalau aku cakap
kecantikan dan ketampanan seseorang itu akan sirna seiring dan selari dengan masa...!
cantik luaran itu akan hilang..dalam sesaat pun boleh..tak caya gi simbah asid kat muka..!
tapi cantik dalaman seseorang itu..kat mana pun dia berada dan dalam apa keadaan sekalipun ia tak kan pudar dan takkan hilang..

aku cuba merungkai kisah kehidupan aku..
aku tak pernah cemburu melihatkan kecantikkan seorang wanita..kerana aku tahu itu kurniaan ALLAH..
cuma terkadang tu aku melihat mereka dengan pandangan biasa..tapi hati ni selalu berkata

''apalah kebaikan dia..apalah kehebatan ibunya sehingga ALLAH kuniaan kan pada anak dia dengan kecantikkan yang sebegitu rupa''

eerkk..ni bukan laa ayat aku mengeluh..tapi aku selalu tertanya-tanya..
semoga wanita-wanita sebegini..tahu menghargai kecantikkan yang dia miliki.

tapikan..aku sangat-sangat cemburu yang teramat jealous bila melihat kelembutan seorang wanita..
serius..aku tak tipu...kadang-kadang aku cuba untuk jadi seperti mereka..
tapi tak boleh..sebab aku memang kasar kot..sebab bila aku cuba jadi lemah lembut..
sume keja aku buat tak menjadi..sume tutur kata aku berbelit-belit..dan sume orang disekeliling aku akan jadi kekok dengan tiba-tiba..dan aku terus jadi manusia yang sangat pelik...dan aku akan transforme jadi diri aku semula yang asal lagi asli serta tulen yang tiada ganti dan tolok bandingnya...!

ye..aku tahu..aku tiada naluri lelaki..
tapi instict kewanitaan aku ni kuat membenarkan bahawa lelaki selalu mengharapkan wanita yang lemah lembut..
aku cuba menjadi seperti itu...secara dalaman dan luaran..
tapi secara luaran tetap tak berjaya..kalau dalaman tu ye la kot..
sebab mak selalu panggil aku ''ratu air mata''..hehehe
please laa..aku benci jiwa aku yang terlalu sensitive nih....!
sebab jiwa sensitive ni laa yang buat aku tak mampu mengawal keadaan..

ye...mimik muka mungkin aku still boleh kawal..
"tapi mata tak mungkin menipu"...aku akui kata-kata dia yg satu ini...
dia tahu tak betapa sukarnya menahan air mata sambil tersenyum dan ketawa..?
ketahuilah sesungguhnya,senyuman dalam tangis itu memberi banyak maksud....
fahamilah...selamilah...
kerana aku juga sedang melakukan perkara yang sama pada dia..
cuma aku memerlukan sedikit masa saje lagi...
aku butuh waktu yang sedikit itu....
dan biarlah ia berlalu secara perlahan-lahan..
dan aku amat berharap dia memahami apa yang aku cuba sampaikan..

ye..aku memang seorang yang kasar..
aku bukanlah perempuan yang jadikan barbie peneman tidur..cuma sekarang aku ada satu teddy bear..
tu pun adik aku siap perli mengucap syukur sambil jerit "kakak aku dah jadi wanita sejati"..choi...!
untuk duduk bersimpuh..aduhai..bersila lagi selesa..!
dan aku tak pernah jadikan kucing or haiwan yg comel-comel sebagai haiwan kesayangan.
sebabnya aku lebih selesa dengan lembik-lembiknya lintah dan pacat..main tarik-tarik cacing tanah di pasu lalu jemur di mentari terik kasi cacing tu tergedik-gedik..
aku dulunya bukanlah budak perempuan yang jadikan daun-daun segar yang dipetik di laman rumah untuk dijadikan bahan permainan masak-masak..tapi aku lebih suka jadikan ulat-ulat daun dan segala macam jenis kumbang yg dicincang halus lalu ditepek-tepekkan ke lantai..itulah mainan masak-masak aku masa zaman kecil ku..
what is barbie?? what is pink?? what is skirt??
kalau aku bercakap tu memang la takde nada kewanitaan langsung..
apatah lagi kalau tergelak ketawa...memang failed la kalau mak mentua tgk..!
dah laa cepat nak marah jek tau..cuma hati aku mudah tersentuh..

tapi kalau tersentuh tu,aku tak pandai la pulak nak tunjuk kat orang..kat bantal tau laa..
sebab bantal tu la yg jadi saksi alam aku melalak bila jiwa tengah gundah gulana..haaissshh...
kadang-kadang hati ni nak je bagi tau yang aku memang terasa dengan setiap kata-katanya..
terkadang tu hati ni nak je bagi orang tu nampak yang aku memang betul-betul buat sesuatu kerana dia...
terkadang tu juga hati ni meronta-ronta nak suruh orang tu tau yang tangisan ini datang dari dia..
dan hati ni juga terpekik minta orang itu ubati...
tapi aku bukan laa jenis yg begitu...umpama jari yg terluka bila kena serpihan mug kaca..biarlah lukanya sembuh sendiri..
tapi yang paling aku nak dia tau sangat-sangat adalah aku masih mencuba untuk kearah kelembutan itu..
aku masih belajar untuk terus ke arah itu...until now....

dan untuk lebih mengetahui tentang aku...
makin hari aku makin sangat-sangat tak pandai nak menjadi orang lain..
segala lakonan aku makin hari..makin tak menjadi...
aku jadi kalah bila berhadapan dia...
dan perlu juga untuk diketahui..
i'm juz can being myself..
apa yang dia lihat didepan matanya...begitu lah aku dibelakangnya..
garangnya aku...kekasaranku..kemarahanku..rajukku..bebelanku..gurau sendaku..gelak tawaku...
dan segala bagai perkara yang dia lihat dalam diri aku..
yang itu lah diri aku yg sebenar-benarnya aku...
untuk itu...terimalah aku dalam keadaan yang sebenar-sebenarnya aku sepertimana yang aku lakukan terhadap dia...

firman ALLAH pun ada menyatakan..air mata itu senjata paling berharga wanita yang diciptakan khas untuknya..
tapi bukan laa niat aku nak jadikannya modal untuk meraih simpatinya dia..cuma air mata itu laa yg kadang-kadang dapat meredakan perkara-perkara yang tak terluah dek kata-kata...(^^,)

eh..tiba-tibakan..aku teringat tentang sebuah novel yang aku pernah baca..
novel tu bertajuk “Pudarnya Pesona Cleopatra” karya Habibburahman El Sirazy or lebih dikenali dengan panggilan Kang Abik alaa penulis buku ''ayat-ayat cinta'' tu...
sape pernah baca ..????
dia banyak versi..indonesia versi asal.. aku baca buku yg gambar nya ditengah-tengah bawah ni
suka aku nak bagi tau..masa aku baca novel nih..kisah hidup perempuan muslim ni sangat-sangat memberi kesan dalam hidup aku..dan sedikit sebanyak memberi aku pengajaran dalam membentuk sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.
Sebuah gambaran dan kisah yang cukup memikat hati aku ada dalam novel ni..
menceritakan tentang seorang lelaki yang terlampau mengejarkan kecantikan fizik@ luaran seorang wanita.sedangkan disampingnya hadir wanita sejati yang sederhana tetapi begitu tulus mencintainya sepenuh kelembutan jiwa.
tetapi,lelaki tu gagal mencintainya kerana hanya melulu memikirkan tentang kecantikan fizikal semata-mata..then at the end of the story aku suka nak menyingkap pesanan yang didedikasikan dari karya tersebut yang pada lelaki memang harus sedar bahawa kecantikan wajah memang bukan segalanya.

uuppss...novel tu memang memberi nasihat kepada lelaki..
tapi kat  sini aku bersuara secara overall.
so..tak kira lah lelaki mahupun perempuan...luaran itu takkan bertahan..!

         kelembutan dalam diri wanita.....

boleh kan kalau aku kata pesona kecantikan wanita terletak pada kelembutannya.
Seperti pada kebanyakan kaum ADAM..dia makluk yang kadang-kadang terlalu rasional..berpotensi bersikap kasar..ada yang angkuh..dan mudah rebah ketika mensikapi keadaan. Sifatnya persis marakan api yang membara..then apa yang aku lihat kelembutan wanita itulah ibarat air. Kelembutannya boleh meredakan sifat-sifat tersebut. yang pada akhirnya mendatangkan keseimbangan dan keserasian hidup. pada begitulah sesuatu yang aku katakan kehebatan dalam kelembutan wanita..


tetapi kelembutan itu sendiri kadang-kadang menjadi nanah..bergantung pada motifnya..
ada kelembutan yang penuh kepalsuan dan plastik yang dari situ wujudnya bisikan-bisikan buruk lelaki terhadap kaum HAWA...!
memang sangat jelas,kelembutan itu selalu mendatangkan keindahan sanubari yang tak terhingga dibuatnya..
dan antara lelaki mahupun wanita..masing-masing sukakan keindahan..yup,salah satu dari lumrah alam..
terkadang tu bisikan kelembutan palsu yang diselitkan rona-rona kemanjaan boleh menjadi penyebab kehancuran kehidupan lelaki..kerana sayang dan perasaan tergugat..lelaki sanggup melakukan apapun tanpa menghiraukan moralnya,..ye..,,inilah hukum dan norma untuk kebahagiaan wanita yang dicintai..
aku bukan bercakap kosong tanpa selidik..
tapi..banyak dalam sejarah dunia ni..kaum ADAM hancur kerana terlalu memperturutkan kemahuan wanita yang inginkan sesuatu bermodalkan balutan kelembutan yang palsu itu...!

 Tapi disisi  dan persepsi lainnya...kelembutan itu berpotensi mendatangkan kejayaan.
biasakan terdengar ayat ni...
"disebalik kejayaan seorang pahlawan itu..akan ada wanita luar biasa dibelakangnya.."
iiishh..memandai aku tukar ayat...
alangkah bahagianya jika aku lah wanita luar biasa itu.....

tapi aku juga pernah terbaca
"disebalik kegagalan seorang lelaki itu...kerana ada dua wanita yang membayanginya.."
it a joke only..no more then that...hehehe

panjangnya entry aku hari ni...
bila baca semula..macam tak caya aku yg karang..hehehe


ziyra ppsstt:
belajarlah untuk berlembut maka kecantikan itu akan teserlah dari kelembutan

terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan ini...
entry paling ikhlas dari hati pernah aku lakarkan dalam blog nih..
love u all

done..!

aku dah tak ngidam mcD..
thankz abg teman zira g makan mcD...
best..best..best..uuuu...best..hehehe



Tuesday 28 June 2011

continue

hi..
serius aku tak tau dah nak bagi tajuk apa untuk entry kali nih..
memandangkan aku berminat nak sambung enrty yg lepas..
so..sesuai kot title continue nih..hehehehe
ni sambungan dari entry yg lepas..kalau nak baca klik sini

kenapa aku buat enry cam gini..??? sebab ramai kwn aku tny..
aku keja ape ek..yela kat fb aku bnyk gmbr aku dgn budak2..hehehe
kdg2 tu puas laa ku dok explain kt dorang..pon xpaham2..
so,memang xpenah2 la kan aku nak cite apa aku buat...maka dgn itu..timbul la idea nk buat entry cam gini..so..this is such a view of my work...kebetulan time gi ledang ari tu aku bawak personal camera..:)

let's continue my story...!
ok..petang tu kan..memang kiteorang kekurangan bahan untuk buat game..
on the spot pny idea...abg mus terus rangka game explorace..
kat entry lepas ade picture dorang tgh khusyuk merangka game...

ade 5 check point..
then aku ditempatkan kat check yg last tu laa...kat air terjun...
seram seyh dok sorang2 kt hujung dunia 2...
so,sementara menunggu student2 tu sampai aku dok merayap jap kat
sini

 ni sume antara adik bradik dia...hehehe
ikotkan bnyk lagi..tapi cukuplah ni yerkk..
ni laa tempat check point aku...indah sngt kalau tgk full view..
tapi aku xde la pic penuh...
sngt nyaman bila dgr bunyi air ni ngalir..tenang jek..
lagi2 time aku  dok sorang2...masa awal2 tu kan, aku macam x sedar aku ni sorang2 taw..
sebab tempat tu cantik kan..puas la aku menghayati pemandangan yg ada...bila dah kena gigit nyamuk..
aku ngeluh sorang2...pastu baru aku pasan yg aku cakap sorang2..hehehe..
terus aku cuak..hahah...sengal amat...!

malam LDK yerrkk..!

pic ni macam kat bufday party kan..

tgk laa belon tu..

aku,abg mus and abg raja yg tiup..

mula saje jek nk exercise mulut..hehe

tapi abg mus gi gantung lak...

ntah hape jek laa..



ni lak pic student mlm tu..colourfull kan mereka..hehe

esok paginya..budak2 senam robik..abg kecik yg handle..
aku lak cam biasa laa..handle PA sytem jek sejak dua menjak nih...nge~~ memang padan laa aku makin boolat..!
balik time...!
adeh...malas lak aku nk upload picture lain...
nanti jek la eh..tu pon bila kerajinan ni berada pada tahap tertinggi...hehehe

ok bubbye...ngntok lak...!
miss u all..

Monday 27 June 2011

old schoool kan...
tahun 2009 punya picture..
tiba-tiba rasa mengidam nak makan mcD...
nak mcD...nak mcD ...nak mcD...
~(.^^)^^,)~

i juz come back..

haaallllooo...lama dah x update blog nih..
tu je la ayat aku kan...!

ok..saje nk habaq...
i juz coming back from
TAMAN NEGARA LAGENDA GUNUNG LEDANG
 with students from STA(sekolah tun aminah,batu pahat)
actually.ni bukan lah kali pertama aku jejakkan kaki kt sana
coz sebelum ni pun kami TEAM GENERASI HARAPAN pernah berprogram di sana..
last pergi xsilap dengan student dari SMK selesa jaya,johor bahru...!

aku gerak hari jumaat...
program kali ni saje aku bawak adik aku,jiha...kebetulan sekolah dia cuti time hari jumaat tu ada parent's day..so..aku ajak la dia..abg mus fetch us at noon..

see..aku mmg malas nk drive..so..join jiha tido jek kat blakang..
memang nampak benor muke bangun tido kan..kan..kan...

aku jadi stalker..yg kiri tu abg cik..!
eh yg kanan tu kan tangan bos aku...hehehe
saje gerak awal 1 ari..sebab nak singgah ke batu pahat amek kak piqa @ angah then we r stay at abg mus's home...!

us...!
hehe..aku suka laa berkias..
keesokkan harinye pun..:) pagi-pagi dah gerak ke ledang....
all of us ade 7 orang..so pergi ke sana by 2 cars...!
depan ni kete GM..hehehe
ustaz shahrie laa..
kami ber 4 follow di belakang..
eh ikotkan kan..kiteorang xde apa2 tema pon nak pakai merah ni..tapi pagi2 pas siap..jumpa2 jek kiteorang bertiga terpakai baju colour merah..perrggghh..kuat kan chemistry+instinct kami..chooii..ahak..

ikotkan bnyk gambo aku snap..tapi bnyk yg merepek..
senang cite memang censored abis laa...so biarlah gambar2 tersebut berada dlm kenangn aku yek..hehe
ehem..ehem..ok..beberapa lama kemudian (ayat xbleh blah)
kami pon jejak laa ke gunung ledang..yeah pelajar2 STA telah pun tiba..

ni gambar sementara tunggu cikgu dia..memang ade je masa nak bergambar...
meh aku kenalkan..
dari kiri tu kak ngah..then jiha my sis..abg mus..abg @ ustaz @ bilal shahrie..abg raja..
eh..abg raja da tunang taw...hekhekhek..
yg paling single-mingle tu hah..abg shahrie...sape nak PM me k..!..sory bos...!
lagi satu..yang snap picture ni aku la..kak zira..alahai sempuuutttt...!
memang dah jadi lumrah alam laa kan..
kalau camera tu aku dah pegang..it means..gambo aku sorang laa yg takde..
takpe2..nasib ade abg cik..
dlm DSLR tu bnyk pic aku..
meh..meh..aku amek gambo dia...
comel kan dia...umur dia 22 taw..(tetibe nk gitau)




ok..aku malas nak cite lebih2 sume segala bagai aktiviti sepanjang ade kat sana..
secara ringkas dan padat..
pas ice breaking..men game..LDK..and so on macam biasa la kalau gi kem..

muka2 khusyuk rangka game explorace...!
aku lak handle bahagian ni jek yerr...
hanya ini yg syaye mampu..ngee~~

ok laa..smbung nanti...penat lak taip bnyk2..
saje je aku kan nak buat episode bnyk2...hohoho...
takpe2...gudnite...!

ziyra ppssttt:
miss all those moment...!!

Wednesday 22 June 2011

his in ward...!!!!

assalammualaikum..

ok...this guy adalah abg aku..
bukan "abg syg" tapi abang kandung yang disayangi yerrr...

now ni..dia berada di wad HOSPITAL PAKAR PUTERI,johor bahru..
coz demam denggi..
tapi condition dia belum di tahap kritikal..
so..a few day lagi dia akan balik umah..
nasib baik laarhh cepat dirawat..kalau tidak..ttteeeeeeeeeeettttt...adoi..xdpt aku bayang..!
serius..dia sorang je laa abg yang aku ade kat dunia nih..
gado2 pon...aku sayang dia beb..

his name is HASIF...!
umo dia this year 21..still menuntut kat UITM shah alam degree statistics..
adoi..bagi biodata segala bagai lak aku nih..
ok..actually,kebetulan dia tengah cuti sem,so, dia baru je abis main ragbi untuk SUKMA last week..
then 2 hari pas abis tournament..dia sakit badan then demam..
dia ingat sakit biasa2 je...so..slumber je dia drive balik JB nih..
bile sampai umah terus berselubung dengan gebar(selimut)..

then berlarutan 2 3 hari gak la..sebab kan ingat demam biasa2 jek..dia pon makan laa ubat demam yg memang ade stock kt umah nih...tapi still x ok..
so..parent aku pon bawak dia g klinik dekat2 umah ni..
but then doktor kata.. kalau depends pada simptom yg dia hadapi..memang tanda denggi..but doktor still x bleh nk proof kan..so..doktor juz bagi ubat..then said,if still not ok..he must refer 2 hospital..!

but then..esok nye..around 4pm..suddenly..abg aku ni bleh termuntah darah lak..
adik aku yang kenit dua org yg kebetulan ade kat umah..ape lagi
kecoh kaw....! dorang yg panik lebih2..segala orang dia call..hehe
parent aku terus on the dot balik umah..
then hantar abang ke PUTERI SPECIALIST HOSPITAL..
then buat check darah terus kena tahan kat ward malam tu..
sebab kan ward tu agak selesa..then abang aku pon xde la kritikal sngt..so that nite dia stay sorang laa kat wad tu..kiteorng 1 family sume dok umah..sebab keesokkannye sume sekolah n keje..

today's story...!
disebabkan siang hari parent aku busy kerja..ayah jek yang sempat singgah jumpa abg kat ward time rehat..
so..aku yg tgh free memanjang ni laa pny turn dok serabutkan wad kat hospital tu..

lepas jek amik adik aku si kenit dua org tu dari sekolah..
terus kiteorg g melawat abg kiteorng...

jiha dah naik dulu..
hadif lak...kecoh yg amat..aku rase kalau dia la yang stay kat wad..1 hospital kenal dia kot..
but serius..adik bongsu aku tu memang ramah tamah pamah sangat2...penat aku layan dia..
tapi nasib laa ada dia.lau tak..memang suram hidop kiteorng...hehehe
aku lambat naik wad abg pon sebab sesat carik dia...dia hilang g toilet mane ntah...
aku suruh  dia g toilet yg dekat..dia tak nak..dia try toilet lain lak..toilet tingkat bawah..
YA RABBI,korang bayg la kan camne aku nk carik dia..dia bukan ada tepon..
adoyai...nasib laa ko ni bongsu...! bahaha
pas da jumpe tu..selamba jek muka dia...sngt cool dan relax..
aku je yg ghase mcm nk ketuk2 jek budak nih...! hehehe

this ours...me and hadif...!





abaikan yg kecoh2 tu yek...

memacam abg order soh bawak...hehehe...dia cakap bosan dok wad..
dok tgk TV jek...so,,mak lak kirim dia buku utk dibaca...(^^,) amek ko...!
nasib la wad abg selesa..so,xterasa sngt laa tension..
love them..!
 see his action...!
x senonoh...
selalu rosakkan gambar aku..

time ni dalam lif..
nak balik dah..
sempat ajee...!

ok laa.get well soon..!
we love u...!